Thursday, July 8, 2010

Kempen Kecekapan Tenaga Kebangsaan bersama FOMCA


Pada 9 Julai 2010 (jumaat), Biro Kolej Kediaman IPG Kampus Dato' Razali Ismail telah berjaya mengadakan satu program iaitu "Kempen Kecekapan Tenaga Kebangsaan" di dewan Ungku Umar dari jam 8.00 pagi sehingga 11.30 pagi.
Walaupun kehadiran tidak seperti yang dirangka, namun dari segi kelicinan program alhamdulillah berjalan dengan baik. Pelbagai input diperoleh daripada program ini, semua telah diterima cuma bergantung pada aplikasi ilmu yang diterima. Jutaan apresiasi kepada para warden yang turut hadir iaitu En Asri dan En Baharom serta kepada semua pelajar PPISMP Semester 3 yang hadir walaupun bukan semua. Terima kasih juga kepada semua ahli jawatankuasa yang terdiri daripada Jawatankuasa Biro Kolej Kediaman, JPP IPG Kampus Dato' Razali Ismail sesi 2010/ 2011.

"Anjuran Kementrian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air"

( Peserta khusyuk mendengar ceramah )

( Penceramah sedang memberi taklimat berkaitan LDK ringkas )

( Kempen Kesedaran Kecekapan Tenaga Kebangsaan )


Sebahagian Aktiviti Biro Sepanjang Semester Lepas

Ta'aruf Biro Kolej Kediaman bersama Penghuni Kolej kediaman IPG KDRI
Tempat: Dewan Al-Farabi
Tarikh : 07 Februari 2010

Gotong-royong Perdana dan Pertandingan Kecantikan & Kebersihan Kolej Kediaman
Tempat: Kolej Kediaman IPG KDRI
Tarikh : 19 Februari 2010
keputusan : ........................






Pertandingan Pidato Kolej Kediaman Piala Za'ba
Kali Pertama peringkat IPG Kampus Dato' Razali Ismail
Tarikh : 09 & 15 Mei 2010
Tempat : Dewan Ungku Umar

Pertandingan Membuat Sandwich World inter-Blok
Tarikh : 31 Mei 2010
Tempat : Perkarangan Kolej Kediaman




Penumpang

Kala laut sunyi hebat melambung ombak benci
Teroleng-oleng sampan kecil mengayuh cari daratan
Angin jangan hembus pergi tenang ini
Aku cuma penumpang menumpang damai lautmu
Cuba lari menjauh desir ribut cebis hati
Cuba tutup mata membutakan kejamnya dunia


Demi umurku bersumpah
Aku penumpang paling bertuah
Punya sampan kecil tapi kuat menongkah langkah
Walau compang camping bertampal gam rekahnya
Walau layar cuma sehelai sejadah buruk hadiah dari Tuhanku.

Malam bawa pergi matahariku
Siang bawa pergi bulanku
Penumpang buta tanpa cahaya
Meraba-raba di lautan belantara
Turun naik tinggi gunung ombak
Terkapai-kapai cari capai tangan Hidayahnya


Titis hujan tengkujuh ini menghanyut pergi lukisan mimpi
Dingin hembus nafas sang Murabbi bagai tanda aku dikasihi
Moga doa empati penumpang ini bisa terus menerobos hati Ilahi
Walau sesak sempit penjara sampan dilautan sunyi
Walau kencang angin tidak sayang padaku
Walau dikhianati bintang penunjuk jalan ini
Aku rela walau disimbah asid caci
Kerna aku penumpang sejati cuba cari titik sujud kasih Rabbul Izzati.


Demi umurku bersumpah
Aku penumpang paling bertuah.

Wednesday, July 7, 2010

Blogging Bermula

Blog Biro Kolej Kediaman IPG Kampus Dato' Razali Ismail telah rasmi dilancar guna pada 8 Julai 2010 ( Khamis ), 0145 pm, Oleh itu ianya akan bermula aktif pada detik dan saat ini